Apakah ayah boleh memandikan jenazah anak perempuan?

  • Lifestyle
  • Fashion & Beauty
  • Relationship
  • Gajet
  • Hiburan
  • Viral
  • Hero
  • Dewi
  • Saya Remaja Malaysia
  • RemajaTV
    • Hero
    • Cer Try
    • Youlth Talk
    • Dewi
    • Remaja Dance Off
    • Girl Power Challenge
    • Remaja Viral
Type your search query and hit enter:
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn BhdDikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
Type your search query and hit enter:

Ruginya Anak Perempuan Tak Mandikan Jenazah Ayah, Itulah Bakti Akhir Kita

IKLAN

Saat menerima berita kematian melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilangan itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berkongsi cerita.

Namun di sebalik kesedihan yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenazah ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenazah kepada pengurus jenazah kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.

Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenazah ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?

IKLAN
Anak-anak diharuskan bersama-sama membantu pengurus jenazah dalam memandikan jenazah ibu bapa kerana itu bakti akhir. Ustaz Hamdan

REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah.

Boleh ke anak perempuan mandikan jenazah ayahnya? Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.

Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia cela pada arwah andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita, katanya lagi.

Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenazah, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.

Ada kain yang

IKLAN
menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenazah seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.Ramai anak-anak perempuan beranggapan mereka tidak boleh memandikan jenazah bapa kerana soal aurat sedangkan dalam pengurusan jenazah, aurat di mati begitu dijaga. Gambar hiasan

Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenazah berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenazah, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenazah ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenazah. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.

Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenazah pun saya sendiri tidak melihat aurat si

IKLAN
mati. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si mati sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja, katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.

Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenazah kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini, katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenazah ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak.

Tonton video di bawah

Show comments
Subscribe to Notifications
IKLAN
Baca artikel penuh
IKLAN
Next Kreatif Betul Cara Disney Kongsi Pelakon Suara Untuk Filem The Lion King! »
Previous « PSY, Choi Siwon & G-Dragon Antara Selebriti Kpop Yang Paling Mahal!
Published by
Almaswa Haji Che Ros
2 years ago

    Related Post

  • Walau CIMB Dah Keluar Kenyataan Direct Debit, Pelanggan Masih Bengang Kerana Ada Kata Tak Buat Pembelian Pun

    Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelanggan CIMB membuat semakan di akaun masing-masing dan

  • Bukan Mitos Lagi, Ini Bukti Perokok Lebih Berisiko Alami Depresi

    Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.

  • Pelakon Ini Terima Kecaman Ramai Kerana Warna Kulit, Selebriti Lain Bersuara!

    Baru-baru ini, Disney mengumumkan pelakon yang bakal memegang watak Ariel dalam filem live-action The Little

  • Fakta Alam Bunian Wajib Tahu! Kenapa Lelaki Selalu Dipilih Berbanding Perempuan?

    Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan dan proses mencari sudah

  • Alhamdulillah, 50 Saksi Lafaz Dua Kalimah Syahadah Abang-Abang Paskal TLDM

    Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW. Bila mendengar ada individu yang Islam memeluk Islam,

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn BhdDikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
  • t