Cara menggunakan PYTHON.ORD pada Python

Dan sekarang kita persembahkan muslihat licik yang boleh dilakukan dengan string:

def jerit[string]:
    for aksara in string:
        print "Beri saya " + aksara
        print "'" + aksara + "'"
jerit["Menang"]
 
def tengah[string]:
    print "Aksara tengah ialah:", string[len[string] / 2]
 
tengah["abcdefg"]
tengah["Pasukan Bola Sepak"]
tengah["Malaya"]

Dan outputnya ialah:

Beri saya M
'M'
Beri saya e
'e'
Beri saya n
'n'
Beri saya a
'a'
Beri saya n
'n'
Beri saya g
'g'
Aksara tengah ialah: d
Aksara tengah ialah: o
Aksara tengah ialah: a

Apa yang ditunjukkan program-program ini ialah string seakan-akan list dalam banyak segi. Fungsi jerit[] menunjukkan gelung for boleh digunakan dengan string sama seperti list. Prosedur tengah menunjukkan string juga boleh menggunakan fungsi len[] dan menyusun indeks dan hirisan. Kebanyakan ciri list juga bekerja dengan string.

Ciri seterusnya menunjukkan sebahagian ciri khusus string:

def jadi_huruf_besar[rentetan]:
    ## Mengubah rentetan ["string"] kepada huruf besar
    huruf_besar = ""
    for aksara in rentetan:
        if 'a' >> 2
2
>>> repr[2]
'2'
>>> -123
-123
>>> repr[-123]
'-123'
>>> `123`
'123'
>>> # Rentetan ke Integer
>>> "23"
'23'
>>> int["23"]
23
>>> "23" * 2
'2323'
>>> int["23"] * 2
46
>>> # Nombor apung ke Rentetan
>>> 1.23
1.23
>>> repr[1.23]
'1.23'
>>> # Nombor apung ke Integer
>>> 1.23
1.23
>>> int[1.23]
1
>>> int[-1.23]
-1
>>> # Rentetan ke Nombor apung
>>> float["1.23"]
1.23
>>> "1.23" 
'1.23'
>>> float["123"]
123.0
>>> `float["1.23"]`
'1.23'

Jika anda belum mengagaknya lagi, fungsi repr[] boleh mengubah integer kepada rentetan dan fungsi int[] melakukan operasi sebaliknya. Fungsi float[] boleh mengubah rentetan kepada floating point number atau nombor titik apung. Fungsi repr[] memulangkan wakil sesuatu yang dapat dicetak. Kod `...` juga mengubah hampir semua kepada rentetan. Berikut beberapa contoh:

>>> repr[1]
'1'
>>> repr[234.14]
'234.14'
>>> repr[[4, 42, 10]]
'[4, 42, 10]'
>>> `[4, 42, 10]`
'[4, 42, 10]'

Fungsi int[] cuba mengubah rentetan [atau nombor apung] kepada integer. Juga terdapat fungsi yang sama yang dipanggil float[] yang akan mengubah integer atau rentetan kepada nombor apung. Satu lagi fungsi yang dimiliki Python adalah fungsi eval[]. Fungsi eval[] mengambil rentetan dan memulangkan data jenis yang difikirkan Python telah ditemuinya. Contoh:

>>> v = eval['123']
>>> print v, type[v]
123 
>>> v = eval['645.123']
>>> print v, type[v]
645.123 
>>> v = eval['[1, 2, 3]']
>>> print v, type[v]
[1, 2, 3] 

Jika anda mengguna fungsi eval[] anda harus pastikan yang ia memulangkan jenis yang anda sangka.

Satu fungsi rentetan atau string adalah kaedah split[] [pisah]. Ini contoh:

>>> "Ini adalah beberapa perkataan".split[]
['Ini', 'adalah', 'beberapa', 'perkataan']
>>> text = "Kelompok pertama, kelompok kedua, ketiga, keempat"
>>> text.split[","]
['Kelompok pertama', ' kelompok kedua', ' ketiga', ' keempat']

Perhatikan bagaimana split[] mengubah rentetan menjadi satu senarai rentetan. Rentetan dipisah dengan ruang putih secara lalai atau dengan argumen pilihan [dalam kes ini, tanda koma]. Anda juga boleh menambah argumen yang memberitahu split[] berapa kali pemisah akan digunakan bagi memisah teks. Contoh:

>>> list = text.split[","]
>>> len[list]
4
>>> list[-1]
' keempat'
>>> list = text.split[",", 2]
>>> len[list]
3
>>> list[-1]
' ketiga, keempat'

Menghiris string [dan list][sunting]

String atau rentetan dapat dihiris — dengan cara yang sama yang ditunjukan dengan list atau senarai dalam bab sebelum ini — dengan menggunakan "operator" penghiris [:]. Operator penghiris bekerja dengan cara yang sama seperti dahulu: teks[indeks_pertama:indeks_terakhir] [dalam kes-kes yang jarang diketemu, sebuah tanda titik berganda dan argumen ketiga boleh digunakan, seperti dipaparkan dalam contoh berikut].

Agar kita tidak terkeliru dengan angka indeks, paling mudah jika kita melihatnya sebagai tempat ketip, di mana kita dapat menghiris rentetan kepada bahagian-bahagiannya. Ini satu contoh yang menunjukkan tempat ketip [kuning] dan nombor-nombor indeks [merah dan biru] buat rentetan teks:

S T R I N G
0 1 2 ... -2 -1
text = " "
[: :]

Perhatikan bahawa indeks merah dikira bermula dari permulaan string dan yang biru pula dari akhir string [perhatikan bahawa tiada -0 biru, dan ini logik jika dilihat dari segi akhir rentetan]. Oleh sebab -0 == 0, [-0 juga bermaksud "permulaan rentetan"]. Sekarang kita bersedia untuk menggunakan indeks buat operasi hirisan:

text[1:4] "TRI"
text[:5] "STRIN"
text[:-1] "STRIN"
text[-4:] "RING"
text[2] "R"
text[:] "STRING"
text[::-1] "GNIRTS"
  • text[1:4] memberikan semua rentetan text di antara tempat ketip 1 dan 4, "TRI". Jika anda abaikan satu daripada argumen [indeks_pertama:indeks_akhir], anda akan mendapat permulaan atau akhir rentetan sebagai lalai: text[:5] memberi "STRIN".
  • Bagi kedua-dua indeks_pertama dan indeks_akhir, kita boleh menggunakan kedua-dua skema penomboran merah dan biru: text[:-1] memberikan rentetan yang sama dengan text[:5], kerana indeks -1 berada pada tempat yang sama dengan 5 dalam kes ini.
  • Jika kita tidak menggunakan argumen yang mengandungi tanda ttik berganda [":"], nombor akan dikendalikan dengan cara lain: text[2] memberi kita satu aksara selepas tempat ketip, "R".
  • Operasi hirisan khas text[:] bermakna" dari permulaan hingga ke akhir" dan mewujudkan salinan rentetan [atau senarai].

Akhir sekali, operasi hirisan boleh mengandungi tanda titik berganda kedua dan argumen ketiga yang ditakrifkan sebagai "saiz tingkat": text[::-1] bermakna text dari permulaan sehingga ke akhir, dengan saiz tingkat -1. Angka -1 bermaksud "setiap aksara, akan tetapi dari arah sebaliknya". "STRING" terbalik adalah "GNIRTS" [uji saiz tingkat 2 jika anda masih musykil].

Semua operasi hiris bekerja dengan senarai atau list. Dalam hal ini, rentetan boleh dikatakan sebentuk senarai yang istimewa dan unsur-unsur list merupakan aksara-aksara individu. Anda hanya perlu ingat konsep tempat ketip dan indeks bagi menghiris akan kelihatan lebih jelas.

Contoh[sunting]

# Program ini memerlukan pemahaman nombor perpuluhan 
def to_string[in_int]:
    """Mengubah integer kepada string"""
    out_str = ""
    prefix = ""
    if in_int 

Bài mới nhất

Chủ Đề