Kenapa nabi ibrahim disebut dalam sholay

Salah satu rukun salat adalah melaksanakan tasyahud akhir. Bacaan yang wajib dibaca ketika tasyahud akhir, salah satunya adalah bershalawat kepada Nabi Muhammad saw. Selebihnya, seperti shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad Saw., lalu Nabi Ibrahim As. serta keluarganya sebatas sunah saja. Begitu yang diyakini mazhab Syafii.

Salah satu di antara bacaan-bacaan shalawat yang telah dituntunkan oleh Nabi Muhammad Saw. kepada umatnya adalah shalawat Ibrahimiyah. Berikut teks shalawatnya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ و بَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

“Ya, Allah curahkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah berkah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau curahkan berkah kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya.”

Ada beberapa hal yang sering dipertanyakan banyak orang dari shalawat ini. Mengapa dalam bacaan shalawat di atas disebutkan nama Nabi Ibrahim As.  bersama dengan Nabi Muhammad Saw.? dan kenapa bukan Nabi yang lain?

Di dalam kitab Tafsir Munir, Syaikh Nawawi al-Bantany mengemukakan setidaknya ada empat pendapat berkenaan dengan pertanyaan tersebut.

Pertama, karena Nabi Ibrahim as. pernah berdoa untuk Nabi Muhammad saw. Berkat doa tersebut, Allah Swt mensyariatkan doa itu kepada umat Nabi Muhammad saw. sampai hari kiamat. Ini sebagai upaya ‘balas budi’ atas doa Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad saw.

Kedua, karena Nabi Ibrahim as. pernah berdoa kepada Allah swt, “Tetapkanlah pujian yang bagus untukku pada umat-nya Nabi Muhammad saw.” Allah swt. kemudian mengabulkan permintaan itu. Allah menggabungkan penyebutan keduanya, yakni Nabi Ibrahim As. dan Nabi Muhammad Saw. agar pujian yang bagus itu masih tetap ada pada umat Nabi Muhammad Saw.

Ketiga, karena Nabi Ibrahim As. adalah bapak [pemimpin] dari agama, sedangkan Nabi Muhammad saw adalah bapak dari rahmat kasih sayang. Oleh karena keduanya sama-sama mempunyai hak sebagai bapak, maka Allah Swt menyatukan keduanya dalam hal pujian dan shalawat.

Dan keempat, karena Nabi Ibrahim As. adalah orang yang menjadi pelopor disyaratkannya ibadah haji. Sementara Nabi Muhammad Saw. adalah orang yang menjadi penyeru keimanan. Maka, Allah swt. menyatukan keduanya di dalam sebutan yang bagus.

Demikianlah kiranya hikmah di balik penyebutan nama Nabi Ibrahim As. bersama dengan nama Nabi Muhammad saw. dalam bacaan shalawat yang sering kita baca setiap hari. Semoga kita mendapatkan manfaat dari penjelasan yang telah dipaparkan di atas.

Sumber: Syekh Nawawi al-Bantany, Tafsir Munir: [I]: 35; Cet. Dar al-‘Ilm

Rabu, 06 Oktober 2021 - 17:03 WIB

kaligrafi nama Nabi Ibrahim [foto: istimewa]

Dalam shalawat yang dilafalkan saat shalat, hanya ada dua nama Nabi yang disebut, yakni Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS. Tak heran shalawat ini disebut sebagai shalawat ibrohimiyah. Lalu kenapa hanya Ibrahim saja, sementara nabi-nabi lain tidak?

Baca Juga: Bacaan Shalawat Sesuai Tuntunan Rasulullah, Mudah Diingat

Pengasuh LPD Al-Bahjah Cianjur, Ustadz Muhammad Nur, mengatakan, para ulama sudah menjelaskan beberapa alasan mengapa hanya Nabi Ibrahim saja yang disebut dalam shalawat. Pertama, dalam sebuah riwayat disebutkan, ketika Rasulullah isra’ mi’raj, satu-satunya nabi yang menitipkan salam kepada umat Muhammad adalah Nabi Ibrahim. Maka dari itu, umat Islam menyebut nama beliau dalam shalawat untuk membalas salam tersebut.Kedua, Nabi Ibrahim merupakan orang pertama yang memberi gelar muslim kepada orang-orang beriman. Maka itu, Rasulullah meminta umatnya untuk membalas hal tersebut dengan menyertakan nama beliau dalam shalawat.

Pasti ada segelintir umat Islam yang tertanya-tanya, kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. yang disebut bersama Nabi Muhammad SAW di dalam tahiyat akhir. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Setelah Allah SWT menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah ‘Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah’.

Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah menjawab, Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia diantara semua [rasul]. Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, “Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diberikan kepaduku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat dimana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku [Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah]. Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa diluar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

BACA:  Kenapa Isteri Asyik Membebel? - Ustaz Ebit Lew

Umat Nabi Muhammad SAW

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun permintaannya ditolak Allah SWT.

Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s. Sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar reda dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s.

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah SAW akan lahir daripada salasilah keturunannya.

Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti dibibir umat Nabi Muhammad SAW, iaitu akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah SAW.

Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s.

BACA:  Bolehkah Berpoligami Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama??

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.

Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhit adalah:

1. Mazhab Syafie. Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim [4/123]: Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat.

2. Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi SAw, keluarga dan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

3. Mazhab Imam Hambali. Wajib selawat ke atas Nabi SAW, keluarga dan selawat Ibrahimiyah.

Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi SAW. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah selawat Ibrahimiyah.”

Sumber : sentiasapanas.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

Video yang berhubungan

Bài mới nhất

Chủ Đề