Mencegah lebih baik daripada mengubati karangan

Artikel Kesihatan Lain

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?... [Baca selanjutnya]

Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan...[Baca selanjutnya]

Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?... [Baca selanjutnya]

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak... [Baca selanjutnya]

Lima Tip Kesihatan Optimum
Setiap orang boleh memperbaiki tahap kesihatan mereka jika mereka mengamalkan lima panduan berikut: Selalu optimis, makan dengan betul, bersenam, tidur secukupnya, dan cari tujuan hidup. ...[Baca selanjutnya]

Karangan Bahagian B : IsuKesihatan

Tinggalkan komen Go to comments


Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin. (90 pk)

Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI (lipas,lalat dan tikus).” Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk)

Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa,“Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual. (123 pk)

Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang. (135pk)

Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik. (134 pk)

Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen “Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk)

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. (70pk)

Berapakah markah yang anda berikan untuk karangan ini ?

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Like this:

Like Memuat...

Berkaitan

Kategori:KARANGAN, KARANGAN B : Respon Terbuka

Maksud Peribahasa

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

  • Mengelak dari sesuatu yang boleh menyebabkan kesakitan adalah lebih baik dari perlu merawatnya.

Langkah & Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Share

FacebookTwitterWhatsAppTelegram

Mencegah lebih baik daripada mengubati karangan

Ipendidikan » Karangan » Langkah & Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:01 pm, 12 November 2020

Contoh-contoh karangan yang dikongsikan merangkumi pelbagai jenis topik dan tema. Variasi soalan ini adalah untuk menguji kemampuan para pelajar untuk memberikan isi-isi penting dan huraian yang menarik agar dapat menjawab soalan dengan tepat serta penggunaan bahasa yang betul. Berikut adalah contoh karangan cara-cara menangani masalah penyakit berjangkit yang menjadi isu penting untuk dibincangkan dan dipertimbangkan oleh para pelajar.

Topik yang seringkali diberikan adalah bertemakan masyarakat atau isu yang berlaku dalam dan luar negara. Justeru, bimbingan dan panduan guru dalam merujuk contoh dibawah diperlukan agar penulisan karangan pelajar menepati kehendak soalan. Karangan yang menarik juga terdapat peribahasa dan frasa-frasa menarik yang mampu memukau pembaca.

Pada Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan bagi pengawalan jangkitan virus influenza mers cov covid-19 yang mula dikesan di Malaysia. Keputusan ini telah diambil sebagai langkah pencegahan penularan wabak jangkitan kerana jangkitan virus ini mudah dijangkiti dan mengancam nyawa orang ramai.

Tempoh kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari negara luar menunjukkan tanda-tanda yang baik apabila bilangan kes turun secara berperingkat. Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia juga berjaya mendapatkan rawatan menangani penularannya dan melawan virus yang merbahaya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Isi Kandungan

  • Langkah Dan Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit
  • Contoh Karangan Cara-Cara Menangani Penularan Wabak Penyakit
  • Contoh 2