Apa tujuan manusia hidup didunia ini

Perbesar

Ilustrasi Membaca Buku. Credit: freepik.com

Menjadi Bahagia

Salah satu kesimpulan paling jelas yang mungkin diperjuangkan dalam hidup adalah kebutuhan untuk bahagia. Sayangnya, orang sering kali tidak tahu persis apa kebahagiaan itu, dan karenanya, sulit untuk menemukan kebahagiaan. Untuk mengetahui bagaimana menemukan kebahagiaan, dan apakah itu merupakan tujuan hidupmu, pertama-tama kamu perlu menemukan apa arti kebahagiaan bagimu.

Setelah memiliki gambaran yang sangat jelas tentang apa itu kebahagiaan, kamu dapat mulai mengejarnya dan melihat apakah itu menjawab pertanyaan besarmu tentang tujuan hidup.

Meninggalkan Warisan

Dalam dunia yang sangat kompetitif, meninggalkan warisan sering kali secara tersirat dikemukakan sebagai kebajikan tertinggi. Warisan tak melulu uang, ini bisa berupa ilmu, pemikiran, atau kenangan.

Meninggalkan warisan adalah salah satu cara agar seseorang merasa dihargai di masyarakat dan dikenang setelah mereka pergi. Warisan bisa dimulai dari hal kecil seperti memulai sebuah keluarga atau menularkan ilmu yang bermanfaat.

Mencintai Orang Lain

Semua filosofi dan agama besar telah mendukung pentingnya cinta. Cinta tampaknya menjadi agen penyembuhan untuk penderitaan manusia dan sesuatu yang menghubungkan manusia lintas waktu dan budaya.

Ketika seseorang mampu mencintai orang lain tanpa syarat, ia melihat lingkungannya secara alami menjadi tempat yang lebih stabil dan damai. Ini membuat lensa yang digunakan untuk melihat dunia menjadi lebih positif dan produktif.

Membuat Perbedaan Positif

Membuat perbedaan yang positif mungkin tampak seperti tujuan yang klise dan mengecewakan. Tetapi ketika kamu berusaha melakukannya pada tingkat praktis, maknanya terjadi, karena kamu melihat hasil kerjamu secara real time.

Membuat perbedaan positif tidak perlu sesuatu yang besar. Perubahan kecil yang terlihat seringkali lebih bermanfaat secara pribadi.

Punya Banyak Pengalaman

Cara lain agar dapat menemukan tujuan dalam hidup adalah memiliki rangkaian pengalaman yang kaya dan memuaskan.

Makna kehidupan diciptakan ketika merayakan anugerah pengalaman manusiawi melalui panca indera.

Perjalanan, hiburan, cinta, hubungan, makanan enak, dan pengalaman baru adalah semua cara yang bisa dilakukan untuk makna hidup.

Scroll down untuk melanjutkan membaca

Reporter : Arif Mashudi

Apa sih tujuan hidup kita di dunia ini?

Tujuan hidup manusia di dunia ini tidak bisa disamaratakan. Tapi yang jelas hampir semua dari kita pasti ingin menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Soalnya nggak mungkin dong kita hidup di dunia tanpa tujuan, masak iya hidup sekedar hidup?

© Shutterstock.com/Rali Ismail

Photo by Ravi Roshan on Unsplash

Satu persoalan paling penting dalam kehidupan adalah: “Mengapa kita wujud?”

Untuk apa?

Dan ke mana destinasi kita selepas berakhirnya kehidupan ini?

Sifat semulajadi manusia adalah takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya..

Sifat semulajadi manusia biasanya takut atau sekurang-kurangnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

— kerana di tempat yang gelap kita tidak dapat menguasai situasi.

Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita.

Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan cemas, was-was, ragu-ragu dan khuatir.

Oleh kerana itu, kebanyakan orang tidak mahu berada di ruangan yang gelap.

Begitulah juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya. Dia akan selalu diselubungi dengan keraguan.

Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.

Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.

Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

Orang yang mempunyai tujuan hidup yang salah juga akan merasa tidak tenang

Mengapa tidak tenang?

Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.

Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.

Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Mencari makna dan tujuan hidup mempunyai impak yang besar kepada produktiviti kita

Photo by Guilherme Cunha on Unsplash

Hidup adalah perjalanan, peluang dan kepercayaan.

Nilai-nilai [values] yang mengawal hidup kita ini akan memberikan kesan kepada hasil perjalanan ini.

Malangnya, apabila kita melihat kepada penggerak produktiviti [drivers of productivity] dalam masyarakat pengguna hari ini, selalunya tujuannya tidak jelas dan tidak wajar.

Tujuan-tujuan ini sangat berkait rapat dengan dunia dan tidak langsung berkait hubungan kita dengan Allah.

  • Bagaimana kalau ada makna [meaning] yang boleh diselarikan dengan sebab kewujudan kita?
  • Bagaimana kalau ada tujuan yang telah sangat jelas dinyatakan, yang sepadan dengan sebab kewujudan kita di dunia?
  • Dan bagaimana kalau sebab dan tujuan ini boleh menjadi pemacu utama kepada produktiviti kita?

Ada dua ayat di dalam Al-Quran di mana Allah dengan jelas menyatakan tujuan hidup kita:

Ayat pertama mengatakan:

Dan Aku [Allah] tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku”

— Surah Adz-Dzaariyat ayat 56

Ayat kedua mengatakan:

Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya [tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata]: “Adakah Engkau [Ya Tuhan kami] hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah [berbunuh-bunuhan], padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

— Surah Al-Baqarah ayat 30

Berdasarkan kepada kedua-dua ayat ini, ada dua fungsi yang dispesifikasikan oleh Allah untuk manusia:

  1. Untuk menjadi hamba Allah
  2. Untuk menjadi delegasi pemerintah atau penguasa di bumi

Mari kita kaji kedua-duanya dengan teliti:

1. MENJADI HAMBA ALLAH

Apabila kita melihat ayat pertama tadi di mana Allah mengatakan bahawa dia telah menciptakan manusia untuk beribadah kepada-Nya.

Kita sering kali memahami maksud ibadah dengan melaksanakan sesuatu perbuatan pada siang hari atau mengikuti sesuatu perintah dalam kehidupan seharian kita.

Namun, mari kita melihat kata dasar perkataan ya’budoon [perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam ayat untuk makna menyembah tadi].

Kata dasarnya adalah ‘Abd yang secara literalnya bermaksud “hamba”.

Ini seharusnya menyedarkan kita bahawa Allah mencipta kita bukan untuk kita beribadah kepada-Nya secara main-main, tetapi beribadah sebagai hamba yang sebenar.

Apa perbezaannya?

  • Seseorang pelaku ibadah mempunyai pilihan bilakah waktu untuk beribadah dan bila waktu untuk tidak beribadah tetapi seorang hamba tidak mempunyai pilihan. Dia adalah hamba pada hari SETIAP MASA.
  • seseorang pelaku ibadah mempunyai waktu tertentu apabila dia dipanggil untuk beribadah tetapi seorang HAMBA boleh dipanggil untuk menyembah pada BILA-BILA MASA sahaja.
  • Seorang pelaku ibadah mempunyai perbuatan-perbuatan spesifik dalam ibadah [puasa, bersedekah, solat] tetapi seorang hamba melakukan semuanya tadi dan ditambah lagi dengan apa sahaja yang diminta oleh tuannya.
  • Perhambaan adalah kekal. Ibadah, tidak sekekal perhambaan.

Ramai orang tidak menyukai terma ‘perhambaan’ kerana ia kedengaran negatif dan lebih menyukai penggunaan kata ‘khidmat’.

Mereka merasakan perkataan perhambaan itu merendahkan, apatah lagi bila dilihat pada konteks sejarahnya.

Namun, saya mahu kita memahami bahawa Allah memanggil kita untuk suatu jenis perhambaan yang berbeza:

— iaitu perhambaan yang mengikat kita kepada-Nya dan membebaskan kita daripada gari-gari kehidupan keduniaan.

Sebagaimana guru saya memberitahu saya, “jika kamu tidak menjadi hamba kepada Allah, kamu akan menjadi hamba kepada perkara lain”.

Itu adalah fitrah manusia.

Kita diciptakan sebagai hamba dan tidak punya pilihan:

Sama ada kita menyerah dan menjadi hamba kepada Pencipta kita yang mencipta langit dan bumi, pencipta kita yang sebenar, bukan secara sukarela..

.. atau kita menjadi hamba kepada duit, pekerjaan, keluarga, ego dan lain-lain.

Mana satu yang kita mahu?

Hamba kepada Yang Maha Penyayang?

Atau hamba kepada suatu benda lain selain Dia.

Ini jawapan saya sebagai teras artikel ini:

— Jika kita menerima bahawa kita ini hamba Allah, maka itu bermaksud apa yang kita lakukan dan apa yang kita katakan, seharusnya selari dengan apa yang pencipta kita mahukan.

Dengan hanya menerima hakikat yang kita adalah hamba kepada Allah, ia membuka tahap baru kepada tujuan dan makna hidup dalam kehidupan kita.

Kita tidak akan lagi taasub perlumbaan mengejar kejayaan dunia.

Perkara utama yang patut menjadi kekhuatiran kita adalah:

  • Bagaimana aku dapat menjadikan tuhanku gembira?
  • Bagaimana aku dapat menjadi hamba terbaik buat Allah?

Ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dengan:

Pertama, dengan menyerah diri sebagai hamba Allah, kita akan mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan serta akan sentiasa termotivasi untuk hidup berdasarkan nilai Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, dan bukannya nilai hidup manusia yang sentiasa berubah. Kedua, kita akan mempunyai matlamat hidup yang lebih tinggi dimana ia akan membantu kita menyeimbangkan antara pelbagai peranan hidup [sebagai ibu bapa, pasangan suami isteri, anak, jiran, pekerja dan lain-lain] Ketiga, kita akan sentiasa berasa berhubung dengan Tuhan kita dan mencari jalan untuk menyenangkan-Nya dalam setiap keputusan yang dibuat, baik kecil atau besar [seperti di mana mahu tinggal, perniagaan apa yang patut disertai dan lain-lain].

Ini membawa kepada tanggungjawab diri, nilai moral yang lebih tinggi dan motivasi untuk mengejar kecemerlangan dalam kehidupan seharian.

Menerima peranan hakiki kita sebagai hamba Allah secara dasarnya adalah penting untuk menjadi warga dunia yang sihat dan produktif.

Tanpa penerimaan ini, kita berisiko ‘menjual diri’ kita, nilai-nilai kita dan jiwa kita kepada urusan dunia yang hanya mahu memerah tenaga kita tanpa mengambil kira impaknya terhadap kesihatan, keluarga dan masyarakat kita.

Lebih banyak kita berfikir tentang hakikat kita sebagai hamba Allah dan hubungannya dengan produktiviti, semakin kita akan menyedari betapa pentingnya untuk hidup secara produktif.

2. MEMENUHI PERANAN SEBAGAI KHALIFAH BUMI

Peranan kedua yang Islam perintahkan untuk dipenuhi ialah menjadi pewaris kekuasaan Allah di bumi.

Dalam ayat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" [Al-Baqarah ayat 30], perkataan bahasa Arab yang digunakan untuk ‘khalifah’ selalu disalah faham sebagai sistem politik yang dikuasai oleh khalifah.

– Ini bukanlah makna yang yang dimaksudkan oleh Al-Quran.

Maksud sebenarnya adalah:

Seseorang yang diberikan kuasa untuk memerintah atau seorang pemegang amanah berpotensi yang diamanahkan sesuatu tanggungjawab untuk tempoh sementara.

Perhatikan saya menyebabkan ‘berpotensi’ kerana kita perlu mendapatkan hak untuk menjadi seorang pemegang amanah sebenar di bumi dan ia bukannya hak keturunan [birthright].

Apa maknanya menjadi pemegang amanah Allah di muka bumi?

Hadis ini akan memahamkan kita tentang peranan ini:

Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin daripada kamu akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin.

Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpin.

Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap mereka.

Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.

Bukhari

Kita mungkin telah membaca hadis ini banyak kali tetapi kebanyakan kita silap dalam memahaminya dengan berfikir bahawa kita hanya perlu memenuhi tanggungjawab kita dengan melindungi serta menjaga apa yang telah kita di pertanggungjawabkan.

Namun realitinya, perkataan Bahasa Arab yang digunakan untuk ‘pemimpin’ yang digunakan dalam hadis tersebut adalah ra’e yang mempunyai konotasi lebih mendalam yang dikaitkan dengan penggembala biri-biri.

Kalau kita fikirkan apa yang dilakukan oleh seorang penggembala, dia bukan sekadar melindungi, bahkan dia menjaga dan mengembangkan kawanan biri-biri itu.

Dia mencari kawasan rerumput yang baru, merawat yang sakit, memastikan anak biri-biri terjaga dan sebagainya.

Ia suatu tanggungjawab yang sangat aktif.

Bila kita memerhatikan hadis tersebut, ia bermaksud kita bukan hanya bertanggungjawab untuk melindungi atau menjaga hati apa yang di bawah jagaan kita, kita juga bertanggungjawab untuk memastikan ia membesar dan dipupuk [nurture].

Bukankah ini peranan seorang pemegang amanah?

Membantu menjaga, membesarkan dan megembangkan perkara yang telah diamanahkan kepadanya?

Saya berikan satu lagi contoh:

Bayangkan ibu bapa yang berfikir mereka sedang melaksanakan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan sekadar membawa mereka ke sekolah.

Adakah mereka ini sedang melaksanakan peranan seorang ra’e [pemegang amanah] kepada anak-anaknya?

Secara jujurnya, seorang ra’e, seorang penggembala sebenar, ibu bapa bukan sahaja perlu memastikan anak mereka hadir ke sekolah, bahkan mereka juga harus memerhatikan tumbesaran mereka sebagai manusia produktif.

Ini bapa perlu memeriksa apa yang diajar di sekolah, bagaimana mereka membuat kerja rumah, akhlak yang mereka pelajari dan lain-lain.

Inilah caranya bagaimana kita melaksanakan peranan sebagai pemegang amanah dalam perihal anak-anak.

Fikirkan bagaimana konsep ini dapat diaplikasikan dalam kerjaya kita, kehidupan keluarga kita, kemajuan komuniti kita.

Lebih-lebih lagi, kita akan ditanya tentang amanah ini pada hari kiamat.

Jadi, ia tidak boleh dipandang remeh dan tidak serius.

Penutup: Produktiviti dalam islam adalah bermatlamat, dan bukannya tiada tujuan

Mungkin ini adalah soalan terakhir:

Bagaimana memahami tujuan hidup meningkatkan produktiviti?

Jawapannya adalah:

Jika seseorang  hidup dengan mentaati perintah Allah dan utusan-Nya dia akan hidup harmoni dan akan diberikan tenaga, fokus dan masa untuk mencapai potensinya secara maksimum.

Inilah keindahan Islam.

Ia mengatur dan memandu manusia secara lengkap dari kehidupan dunia sehingga akhirat.

Terdapat daya tolak yang berterusan dari dalam diri [intrinsic drive] yang sentiasa menolak kita untuk menjalani hidup dengan bermakna, dengan petunjuk ketuhanan, yang terbina secara fitrah.

Ia sangat jelas dinyatakan dalam Al-Quran tanpa ragu lagi.

Memahami tujuan ini dan menjadikan ia sebahagian darah daging kita dalam aktiviti kehidupan seharian kita adalah suatu daya pengubah yang yang besar buat mana-mana manusia sekalipun.

'Memaksimumkan ganjaran di akhirat' adalah teras kepada hidup yang bermakna — hidup yang bertapak di atas nilai-nilai [values] dan menyuburkan jiwa.

Semoga artikel ini membuatkan kita yakin bahawa kewujudan kita di dunia ini bukanlah sia-sia!

Video liên quan

Bài mới nhất

Chủ Đề